Untuk menghasilkan sesuatu produk jahitan, alat alat bantuan jahitan diperlukan untuk memudahkan penghasilan produk ataupun untuk memperkemaskan hasil produk jahitan itu.
Alatan jahitan boleh dibahagikan kepada 7 kategori.
1. Alatan Mengukur
Pita Pengukur
Biasanya digunakan untuk mengambil ukuran badan.
Dengan sifatnya yang fleksibel, ia juga boleh digunakan untuk mengukur garis lengkung.
Gunakan yang diperbuat daripada plastik yang tidak mudah memeri.
Pembaris Lurus
Digunakan untuk mengukur jarak dan membantu dalam mengukur dan membuat garisan lurus di pola.
2. Alatan Mendraf
Pembaris Sesiku L
Digunakan untuk mengukur garisan lurus, juga untuk menghasilkan garisan lengkung dipola seperti dibahagian ketiak, leher dan punggung seluar.
Pembaris Lengkung
Digunakan untuk menghasilkan garisan lengkung dipola seperti di bahagian punggung dan lengan.
Pensel
Digunakan untuk mendraf pola.
Kertas craft
Kertas ini biasa digunakan untuk menyampul buku suatu masa dulu. Mempunyai permukaan yang licin disebelahnya. Kebiasaan pola didraf dibahagian yang kasar.
3. Alatan Menanda
Roda Surih
Ia digunakan bersama dengan kertas karbon untuk memindahkan garis dan tanda ke fabrik.
Kertas Karbon
Ia digunakan bersama dengan roda surih untuk memindahkan garis dan tanda ke fabrik.
Kapur Penanda
Ia digunakan untuk menanda atau melukis pola difabrik.
Ada berbagai warna. Gunakan warna yang sesuai dan jelas kelihatan di kain.
Jarum Peniti
Digunakan untuk melekatkan pola kepada kain.
Juga untuk mencantum fabrik yang hendak digunting.
4. Alatan Memotong
Alat Penetas
Digunakan untuk menetas jahitan yang salah
Gunting Penetas
Digunakan untuk memotong benang dan juga menetas jahitan.
Gunting Kertas
Digunakan untuk menggunting kertas pola juga bahan jahitan lain selain daripada fabrik pakaian.
Gunting Kain
Digunakan untuk menggunting fabrik sahaja.
5. Alatan Menjahit
Benang
Digunakan untuk mencantum fabrik. Gunakan benang yang bersesuaian dengan warna fabrik
Jarum Jahit Tangan
Untuk menyembat, jahit jelujur dan lain lain jahitan yang menggunakan tangan.
Jarum Jahit Mesin Industri
Jarum untuk mesin industri berkelajuan tinggi.
Jarum Jahit Mesin Portable
Jarum untuk mesin jahit kegunaan rumah.
Papan Penekan
Digunakan untuk mengosok/menekan fabrik untuk mengemaskan jahitan.
Sterika
Digunakan dalam keadaan panas untuk meratakan fabrik atau melekatkan kertas bergam(solina) ke fabrik bagi menghasilkan jahitan yang kemas.
Botol Perenjis.
Air direnjiskan ke fabrik menggunakan botol perenjis sebelum menggosok untuk mempercepatkan proses menggosok/menekan fabrik.
7. Alatan Menyenggara
Skru Driver
Digunakan untuk melonggar dan mengetatkan skru di mesin.
Penyepit (Tweezer)
Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum mesin jahit industri terutamanya, mesin jahit tepi.
Minyak Mesin Jahit
Melancarkan perjalanan mesin jahit juga untuk mencuci bahagian bahagian mesin jahit seperti sekoci, gelendong dan tapak mesin.
Minyak Mesin Jahit Industri
Untuk mesin jahit industri, minyak mesin digunakan dengan banyak. Selalunya, ia dijual dalam botol yang bersaiz 1 liter ke atas. Ia untuk melancarkan perjalanan
Berus
Untuk membersihkan dan membuang habuk atau sisa fabrik dibahagian dalam mesin jahit.
Sangat membantu. TKasih..
ReplyDeleteThanks yaaa atas info melengkapkan thesis sy...
ReplyDeleteAlatan mengukur
ReplyDeletealatan
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDelete