Pages

Saturday, February 8, 2014

Kenali Jenis Jenis Pakaian

 Ketika ini, banyak pakaian siap dipakai ada dijual secara offline mahupun online. Walaubagaimanapun, masih ramai yang memilih untuk menempah pakaian dengan berbagai bagai sebab seperti sukar mencari saiz yang bersesuaian dengan badan, warna yang tidak menepati citarasa, mahukan design yang eksklusif dan sebagainya.


Mari kita lihat contoh jenis jenis baju yang biasa mendapat tempahan daripada pelanggan.

Belajar_Jahit_Baju_Kurung
BAJU KURUNG 

Baju Kurung mendapat pilihan ramai sebagai pilihan pakaian tradisional yang sesuai untuk kekebanyakan majlis dan juga ke tempat kerja. Baju Kurung adalah pakaian yang longgar dan tidak menjolok mata
.

Belajar_Jahit_Baju_Kurung
BAJU KURUNG MODEN

Baju Kurung moden adalah baju kurung yang mempunyai banyak pilihan design dari yang ringkas hingga yang rumit. Ia juga akan dipadankan dengan kain labuh yang juga mempunyai banyak pilihan design. Design selalunya bertukar mengikut trend semasa.

Belajar_Jahit_Baju_Kurung
BAJU KEBAYA

Baju Kebaya adalah jenis pakaian yang mengikut potongan badan. Baju kebaya boleh dipecahkan kepada Kebaya Nyonya, Kebaya Tradisional dan kebaya moden. Pilihan fesyen kain juga pelbagai mengikut citarasa si pemakai.

Belajar_Jahit_Baju_Kurung
JUBAH

Jubah asalnya merupakan pakaian labuh dan longgar dan tiada mempunyai potongan pinggang. Tetapi akhir ini ramai yang mengubahnya seperti dress yang mempunyai potongan dipinggang,

Belajar_Jahit_Baju_Kurung
JUBAH LELAKI

Jubah lelaki kebiasaanya dipakai ketika hendak ke masjid atau ketika hendak menunaikan umrah atau haji.

Belajar_Jahit_Baju_Kurung
BAJU MELAYU

Ada 2 jenis baju melayu iaitu baju melayu teluk belanga dan baju melayu cekak musang. Baju melayu teluk belanga tidak mengalami banyak perubahan. Kebiasaanya, pemakai meletakkan bajunya diluar kain samping. Tapi sebaliknya bagi baju melayu cekak musang, bajunya diletak didalam kain samping.

Baju baju tradisional melayu seperti baju kurung dan baju melayu tidak luput dek zaman kerana kebiasaannya, warga Melayu memakainya pada setiap menyambut Hari Lebaran @ Hari Raya.




No comments:

Post a Comment