Kebiasaannya, kita akan menggunakan 4 lembar benang.
Pakaian akan dijahit dari bahagian dalam baju. Maksudnya, bahagian dalam baju akan menghadap kita.
KLIK rajah untuk gambar yang lebih jelas.
1. Mulakan dengan menyusup jarum dari bahagian bawah kelim.
2. Cucuk jarum dalam anggaran jarak 3mm dari tempat benang keluar. Pastikan jarum tidak ditarik hingga habis. Rujuk rajah No1.
3. Lilitkan benang kejarum. Lihat rajah No2.
4. Ulang lilitan. Lihat No3.
5. Kebiasaanya lilitan adalah sebanyak 5~7 lilitan sahaja. Lihat rajahNo4.
6. Pegang lilitan dan tarik jarum keluar hingga menghasilkan jahitan seperti dirajah No5. Kemudian cucuk lagi jarum dalam anggaran 3mm dari tempat benang terakhir keluar seperti di rajah No 5. Pastikan jarum tidak ditarik habis.
7. Ulang lagi step 3~6 beberapa kali hingga menghasilkan jahitan seperti di rajah No7. Ini adalah penglihatan dari sebelah dalam.
8. Hasil disebelah luar pula akan kelihatan seperti di rajah No8.
Sekian. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment