Berjumpa semula. Hari ini saya akan kongsikan jahitan tangan di leher baju kurung.
Kita mulakan dengan jahitan mata lalat. Anda boleh gunakan 2 lembar benang ataupun 4 lembar benang.
Jika 2 lembar benang, mata lalat yang dihasilkan comel comel dan kalau 4 lembar benang pula, hasilnya besar dan jelas kelihatan macam mata langau...hehehe..
Jadi, pilihlah yang mana berkenan di hati.
Jadi, pilihlah yang mana berkenan di hati.
Sila rujuk rajah yang disediakan di bawah. Kita akan menjahit dengan bahagian luar baju menghadap ke arah kita.
KLIK digambar untuk melihat gambar dengan jelas.
KLIK digambar untuk melihat gambar dengan jelas.
1. Mulakan dengan menyusupkan jarum dari bawah ke atas sebagai titik permulaan.
2. Cucuk jarum ke kain dalam anggaran jarak 3mm dari titik permulaan.(lihat no 1).
3. Tarik benang hingga menghasilkan jahitan seperti di no 2.
4. Susup jarum dibawah benang seperti di no3. (Perhatikan kedudukan benang & jarum )
5. Tarik benang hingga mendapat hasil seperti di no 5.
6. Susup lagi jarum ke bawah benang seperti no 6. (Perhatikan kedudukan benang & jarum )
7. Tarik benang hingga mendapat hasil seperti di no 7.
8. Susup lagi jarum ke bawah benang seperti di no 8. Perhatikan kedudukan jarum dan benang. Ia berbeza dengan kedudukan seperti di no 3 & no 6.
7. Tarik benang dan anda akan mendapat hasil seperti di rajah no 9. Siap untuk satu biji mata lalat.
8. Ulang semula step di atas dari step 2 ~7 dan hasilkan beberapa biji lagi mata lalat. Ia akan kelihatan seperti di no 11.
Ok. Selamat Mencuba.
Jumpa lagi dilain hari untuk jahitan kerang dan tulang belut pula. Bye...
AGENS128 Adalah Situs Judi Online Taruhan Sepak Bola, Casino, Sabung Ayam, Tangkas, Togel & Poker Terpopuler di Indonesia
ReplyDeletePasang Taruhan Online Melalui Agen Judi Terpercaya Indonesia Agens128, Proses Cepat, Banyak Bonus, Online 24 Jam dan Pasti Bayar!
Sabung ayam
sbobet online
casino online
tembak ikan
daftar bisa langsung ke:
LINE : agens1288
WhatsApp : 085222555128