Pages

Saturday, March 22, 2014

Membuat Lubang Leher Baju Kurung

Sebelum kita mencantum bahagian-bahagian badan baju kurung, kita hendaklah membuat lubang baju leher berserta pelapiknya.

Sebelum itu, kita hendaklah membuat pola lubang leher di atas kertas
seperti di bawah.

pola_leher_baju_kurung
pola_leher_baju_kurung
Pola leher baju ni - saya panggil "BULAN"

Ambil bahagian badan baju dan dilipat 2 secara memanjang, Tandakan bahagian tengah baju.
Letak garisan A-A1 dibahagian tengah badan. O-O1 hendaklah berada di bahagian belakang baju.
Cuba lihat rajah di bawah(ehsan google) sebagai rujukan.


pola_leher_baju_kurung




Gunting di sekeliling pola leher baju kurung itu tanpa basi. Anda akan dapat hasil seperti di rajah di bawah.(ehsan google juga)

pola_leher_baju_kurung



Kemudian, gunakan pola yang sama untuk menggunting lapik leher.
Lipat dua kain dan letakkan pola di atas kain seperti rajah di bawah. Gunting mengikut garisan merah kemudian gunting disekeliling pola tanpa basi.

lapik_leher_baju_kurung

Cantumkan lapik leher ke lubang leher dan jahit selebar tapak jahitan @ 1/2 cm. Sila rujuk rajah di bawah.
1) Buka badan baju dengan sebelah luar di bahagian atas.
2) Letakkan lapik leher di bahagian lubang leher dengan keadaan lapik leher sebelah dalam menghala ke atas. Pinkan untuk tetapkan kedudukan. Boleh juga di jahit dengan jelujur kasar.
3) Lukis belahan baju berjarak - 4" @ 4.5".
4) Lukis juga tempat yang hendak di jahit iaitu di bahagian belahan leher. Pastikan bentuk dihujung belahan leher adalah seperti di rajah bawah(line berwarna merah)
5) Jahit dengan mesin jahit untuk melekatkan lapik leher ke badan baju.
6) Kemudian GUNTING belahan baju hingga hampir ke hujung jahitan mesin yang berbentuk segitiga itu.
7) Kacip beberapa tempat di basi leher sebelum terbalikkan lapik leher ke bahagian dalam badan baju.
8) Mulakan kemasan leher dengan jahitan tangan seperti mata lalat @ tulang belut sehingga habis disekeliling leher.
9) Kemaskan lapik leher dengan jahitan sembat.

pola_leher_baju_kurung



Sekian dari saya untuk cara membuat lubang leher baju kurung dengan kemasan jahitan tangan.
Bagi anda yang ingin membuat baju kurung dengan kemasan mesin jahit sahaja, ada sedikit kelainan dalam menghasilkan lapik leher. Insyaallah akan saya kongsikan nanti di post yang akan datang.

Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment