Pages

Friday, March 21, 2014

Menyediakan Pola Baju Kurung Tradisional

Sebelum memotong kain untuk dijahit, adalah elok kita menghasilkan pola sesuatu pakaian itu. Terutama kepada beginner. Ini untuk mengurangkan kesilapan dalam pemotongan kain dan memastikan kita dapat mengoptimumkan penggunaan kain yang ada.
Untuk Menyediakan pola baju kurung,
kita perlu dapatkan ukuran badan terlebih dahulu. Ukuran boleh diukur di badan atau menggunakan baju kurung yang selesa dipakai. Sila rujuk SINI untuk cara mendapatkan ukuran.
Sebelum merajah pola, sila sediakan pensel, brown paper, pembaris, pembaris lengkung.

Cara Merajah Pola.

pola_baju_kurung

pola_baju_kurung

pola_baju_kurung


pola_baju_kurung



Untuk merajah pola, sila rajah satu persatu dan mengikut urutan no yang diberi untuk menghasilkan pola baju kurung anda. Dot-dot disekeliling rajah adalah basi kain. Basi kain dilakar pada pola. Jadi tidak perlu dibuat basi lagi ketika memotong kain. Lebar basi adalah 1/2". 

Letakkan pola yang telah dipotong di atas kain. Untuk mereka yang biasanya bersaiz S-XL, sepatutnya kain yang berukuran 2 meter adalah mencukupi untuk membuat sehelai baju kurung tradisional.
Tanda 3 buah bulatan dibadan baju dan lengan membawa maksud kain hendaklah dilipat dua dan bahagian bertanda 3 buah bulatan hendaklah diletak dibahagian kain yang berlipat.

Potong mengikut jumlah di bawah.
1) Badan baju - 1 keping
2) Lengan - 2 keping
3) Kekek - 2 keping
4) Pesak - 4 keping

** Sila rujuk pola "BADAN BAJU". Jika anda terpaksa mencantum bahu, sila tambah basi di bahagian atas(A-A1)


Untuk post yang akan datang datang, saya akan kongsikan cara merajah pola kain susun untuk baju kurung.
Sekian untuk kali ini & Selamat Mencuba..

3 comments: