Sebelum kita mencantum bahagian-bahagian badan baju kurung, kita hendaklah membuat lubang baju leher berserta pelapiknya.
Sebelum itu, kita hendaklah membuat pola lubang leher di atas kertas
Mahir Dalam Jahitan Pakaian dan Langsir. Membantu Anda Menguasai Cara Menjahit Pakaian Dan Langsir Dengan Mudah
Saturday, March 22, 2014
Friday, March 21, 2014
Menyediakan Pola Baju Kurung Tradisional
Sebelum memotong kain untuk dijahit, adalah elok kita menghasilkan pola sesuatu pakaian itu. Terutama kepada beginner. Ini untuk mengurangkan kesilapan dalam pemotongan kain dan memastikan kita dapat mengoptimumkan penggunaan kain yang ada.
Untuk Menyediakan pola baju kurung,
Untuk Menyediakan pola baju kurung,
Cara Jahitan Kerang - Baju Kurung Tradisional
Kali ini, saya akan kongsikan cara jahitan kerang @karipap yang dijahit di bahagian leher baju kurung tradisional.
Kebiasaannya, kita akan menggunakan 4 lembar benang.
Pakaian akan dijahit dari bahagian dalam baju. Maksudnya, bahagian dalam baju akan menghadap kita.
Sila rujuk rajah dibawah sebagai panduan
Saturday, March 8, 2014
Cara Jahitan Tulang Belut - Kurung Tradisional
Hari ini kita sambung jahitan tangan di bahagian leher baju kurung tradisional. Jika sebelum ini, kita telah belajar jahitan mata lalat, hari ini kita akan belajar pula jahitan tulang belut.
Jahitan tulang belut hanya menggunakan 1 lembar benang.Jahitan harus rapat untuk menghasilkan jahitan tulang belut yang cantik.
Jahitan tulang belut hanya menggunakan 1 lembar benang.Jahitan harus rapat untuk menghasilkan jahitan tulang belut yang cantik.
Friday, March 7, 2014
Cara Jahitan Tangan Mata Lalat - Baju Kurung Tradisional
Berjumpa semula. Hari ini saya akan kongsikan jahitan tangan di leher baju kurung.
Kita mulakan dengan jahitan mata lalat. Anda boleh gunakan 2 lembar benang ataupun 4 lembar benang.
Jika 2 lembar benang, mata lalat yang dihasilkan comel comel dan kalau 4 lembar benang pula, hasilnya besar dan jelas kelihatan macam mata langau...hehehe..
Saturday, March 1, 2014
Jahitan Tangan - Baju Kurung Tradisional
Dalam penghasilan Baju Kurung Tradisional, selalunya untuk kekemasan terakhir, jahitan tangan diperlukan.
Walaubagaimanapun, boleh saja menggunakan 100% jahitan mesin dalam kekemasan terakhir dengan menggunakan jahitan lurus, pemasangan kun, jahitan berbunga atau sulaman. Ada beberapa bahagian baju kurung yang biasa menggunakan jahitan tangan.
Monday, February 17, 2014
BAJU KURUNG TRADISIONAL - MENDAPATKAN UKURAN
Bermula dari hari ini dan beberapa hari akan datang, saya akan fokus kepada menghasilkan baju kurung tradisional . Ia agak mudah untuk beginner kerana jahitannya yang lurus. Tetapi memerlukan sedikit kesenian untuk menyudahkannya bagi mendapatkan hasil yang membanggakan.
Saturday, February 8, 2014
Kenali Jenis Jenis Pakaian
Ketika ini, banyak pakaian siap dipakai ada dijual secara offline mahupun online. Walaubagaimanapun, masih ramai yang memilih untuk menempah pakaian dengan berbagai bagai sebab seperti sukar mencari saiz yang bersesuaian dengan badan, warna yang tidak menepati citarasa, mahukan design yang eksklusif dan sebagainya.
Friday, February 7, 2014
Kenali Alatan Jahitan Asas
Untuk menghasilkan sesuatu produk jahitan, alat alat bantuan jahitan diperlukan untuk memudahkan penghasilan produk ataupun untuk memperkemaskan hasil produk jahitan itu.
Alatan jahitan boleh dibahagikan kepada 7 kategori.
Thursday, February 6, 2014
Mengapa Perlu Belajar Menjahit?
Mengapa Saya Perlu Belajar Menjahit?? Mungkin soalan ini pernah muncul di benak fikiran anda. Dan pasti setiap jawapan adalah berbeza bagi setiap orang.
Selamat Datang
Selamat Datang ke blog AuraJahitan. Blog ini diusahakan untuk berkongsi info berkenaan jahitan dan juga tutorial jahitan pakaian dan langsir. Diharap perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada anda yang memerlukannya. Blog ini akan diupdate dari masa ke semasa untuk manfaat bersama insyaallah.
Labels:
Others
Location:
83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)